Skip to main content

Unit Makmal Sains

UNIT MAKMAL SAINS

Ringkasan Maklumat

Pengenalan
  • Unit Makmal Sains terletak di bangunan Kompleks Makmal Sains. Bangunan tiga tingkat yang dilengkapi dengan prasarana untuk pelajar aliran Sains menjalankan amali. Ia berperanan sebagai medium untuk melahirkan pelajar lepasan matrikulasi yang bukan sahaja menguasai aspek teori sains, malah mahir dalam  kemahiran manipulatif pengendalian radas serta bahan kimia semasa pelaksanaan amali.

  • Terdapat 19 buah Makmal Sains, yang dibahagikan kepada 3 unit utama iaitu:-  
    1. 7 buah Makmal Kimia (Aras Bawah)
    2. 6 buah Makmal Biologi (Aras 1)
    3. 6 buah Makmal Fizik. (Aras 2)

Dari segi pentadbiran, pengurusan Unit Makmal Sains adalah di bawah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains, dengan sokongan daripada Ketua Pembantu Makmal serta Pembantu Makmal Kanan bagi setiap bidang iaitu Kimia, Biologi dan Fizik. Unit ini dianggotai oleh seramai 19 orang Pembantu Makmal yang berperanan penting dalam memastikan pengoperasian makmal berjalan dengan lancar dan selamat, selaras dengan visi dan misi Kolej dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berdaya saing.

Objektif

a) Menyediakan Kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran

  • Unit makmal sains bertanggungjawab menyediakan kemudahan makmal yang kondusif dan lengkap bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara teori dan amali.

b) Menyelenggara Peralatan Makmal

  • Menjalankan penyelenggaraan berkala terhadap peralatan dan bahan di makmal bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan baik, selamat digunakan dan sentiasa berfungsi.

c) Menyelia Pelaksanaan Sesi Amali

  • Menyelia pelaksanaan sesi amali dengan menyediakan bahan serta peralatan yang mencukupi, memantau pelaksanaan amali yang dijalankan secara sistematik agar berjalan dengan lancar serta mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan.

d) Memastikan Keselamatan Makmal

  • Memastikan semua prosedur keselamatan dipatuhi, termasuk penyediaan PPE, peralatan keselamatan (seperti pemadam api dan pancuran keselamatan) serta pemantauan persekitaran kerja yang selamat bagi warga makmal.

e) Pengurusan Inventori

  • Menyelaras dan mengurus inventori peralatan, bahan kimia serta bahan habis guna secara sistematik bagi menjamin kecekapan penggunaan dan pengesanan stok.

f) Peranan Pembantu Makmal

  • Pembantu makmal memainkan peranan penting dalam membantu pensyarah dan pelajar semasa sesi PdP, termasuk penyediaan bahan, pengendalian sisa makmal, dokumentasi penggunaan bahan serta memastikan ruang makmal sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan bersedia untuk digunakan.
    Informasi

    PERATURAN MAKMAL SAINS

    1. Pelajar hanya dibenarkan masuk ke makmal dengan kebenaran pensyarah atau pembantu makmal yang bertugas sahaja.
    2. Baca, faham dan rancang proses amali sebelum kelas bermula.
    3. Berpakaian lengkap. Rambut yang panjang perlu diikat kemas. Barang kemas dan perhiasan yang keterlaluan tidak digalakkan.
    4. Memakai kasut yang meliputi kaki sepenuhnya. Sandal tidak dibenarkan.
    5. Pakai cermin mata / cermin mata keselamatan semasa menjalankan amali.
    6. Kot makmal perlu sentiasa dipakai semasa amali dijalankan.
    7. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.
    8. Susun beg di ruang penyimpanan yang disediakan. Keselamatan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab pelajar.
    9. Tidak dibenarkan bermain-main sewaktu di dalam makmal untuk mengelakkan sebarang kecederaan dan kemalangan.
    10. Sebarang kemalangan perlu dilaporkan kepada pensyarah atau pembantu makmal yang bertugas.
    11. Hanya pensyarah dan pembantu makmal sahaja yang dibenarkan menggunakan kit pertolongan cemas.
    12. Amali dijalankan di bawah pengawasan pensyarah. Amali tidak boleh dijalankan secara bersendirian tanpa pengawasan.
    13. Peka kepada lokasi dan cara yang betul untuk mengendalikan peralatan keselamatan seperti eyewash, pancuran keselamatan, selimut api, penggera keselamatan dan alat pemadam api.
    14. Tutup sumber api sekiranya tidak digunakan. Laporkan kepada pensyarah sekiranya berlaku sebarang kecederaan, kebakaran atau letupan.
    15. Sekiranya berlaku kebakaran, keluar dari makmal dengan segera. Patuhi arahan laluan kecemasan ke tempat berkumpul.
    16. Jangan buang sampah atau sisa pepejal ke dalam sinki. Sisa organik perlu dilupuskan ke dalam botol sisa yang disediakan.
    17. Cuci semua bahan kaca selepas digunakan dan gantung di rak pengering yang disediakan.
    18. Semua peralatan perlu dikembalikan ke kedudukan asal selepas digunakan.
    19. Sebarang kerosakan peralatan mesti dilaporkan kepada pensyarah atau pembantu makmal yang bertugas.
    20. Cuci tangan selepas menjalankan amali.
    21. Pastikan ruangan kerja bersih dan kerusi dimasukkan semula ke bawah meja.
    22. Makmal ditinggalkan dalam keadaan bersih dan teratur.

    PENGENDALIAN BAHAN KIMIA

    1. Peralatan dan bahan kimia yang digunakan perlu mendapat kebenaran daripada pensyarah. Para pelajar perlu mengikut arahan yang diberikan semasa amali.
    2. Tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan dan bahan kimia dari makmal tanpa kebenaran.
    3. Jangan membazir bahan kimia. Ambil bahan kimia mengikut kuantiti yang diperlukan sahaja.
    4. Tutup botol bahan kimia selepas digunakan dengan kadar segera untuk mengelakkan kemeruapan.
    5. Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Elakkan penggunaan spatula yang sama untuk bahan kimia yang berbeza.
    6. Pengendalian bahan kimia berat perlu dijalankan di dalam kebuk wasap. Gunakan sarung tangan dan kaca mata keselamatan sepanjang proses pengendalian.
    7. Sekiranya tertelan bahan kimia, buang segera dan bilas mulut dengan air yang banyak.
    8. Jika bahan kimia bersentuhan dengan kulit atau pakaian, basuh segera di bawah air yang mengalir.
    9. Bersihkan sebarang tumpahan dengan segera. Sekiranya merkuri tertumpah, jangan sentuh. Laporkan kepada pensyarah dengan segera.
    10. Jangan hidu bahan kimia secara langsung kerana ia mungkin beracun atau mengakis.
    11. Pastikan tiada sumber bahan api berhampiran semasa mengendalikan bahan kimia mudah terbakar.

    PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK

    1. Pengendalian barangan elektrik memerlukan pengawasan daripada pensyarah.
    2. Tetapkan voltan yang betul semasa menggunakan peralatan elektrik.
    3. Sambungan peralatan elektrik mestilah kuat. Sambungan yang lemah akan menyebabkan bacaan kurang tepat.
    4. Bekalan kuasa utama hendaklah dimatikan selepas digunakan untuk mengelakkan renjatan elektrik.
    5. Penggunaan mikroskop memerlukan pengawasan daripada pensyarah.

     

    PENGGUNAAN SPESIMEN BIOLOGI

    1. Kembalikan spesimen ke kedudukan asal selepas digunakan.
    2. Spesimen yang dibedah perlu dikumpulkan dan ditanam.
    3. Jangan buka penutup piring petri yang mengandungi mikroorganisma tanpa arahan dan pengawasan daripada pensyarah.
    4. Jika piring petri yang mengandungi mikroorganisma retak atau pecah, laporkan kepada pensyarah dengan kadar segera.

    KETUA UNIT MAKMAL SAINS

    NORHAYATI BINTI HAJI MOHD SIDEK

    Pembantu Makmal 
    C3
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    UNIT MAKMAL FIZIK

    AZMAN BIN MOHD DAUD

    Pembantu Makmal
    C2 
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    HANI NURSHAHIDA BINTI HASMI

    Pembantu Makmal
    C2(TBK1)
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    NORAKMAL BINTI AHMAD

    Pembantu Makmal
    C1
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    ROZANA BINTI ZAKARIAH

    Pembantu Makmal
    C1
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    NURFARAHUDA BINTI MOHID

    Pembantu Makmal
    C1
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Kosong

    Pembantu Makmal 
    C1
    Emel :

    UNIT MAKMAL BIOLOGI

    HASNI FALINA BINTI HAMIRRUDDIN

    Pembantu Makmal
    C2
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    SITI AISHAH BINTI MOHD ZAWAWI

    Pembantu Makmal 
    C2 
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    FAREZATUL ERWINA BINTI MASUD

    Pembantu Makmal
    C2(TBK1)
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    AQMAR FARHAN BIN TUMIN

    Pembantu Makmal
    C2 (TBK1)
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    ZAFIDAH BINTI SAJURI

    Pembantu Makmal 
    C2(TBK1)
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    MOHAMAD FAIZ BIN RUSLY

    Pembantu Makmal 
    C1
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    UNIT MAKMAL KIMIA

    ZUNAIDAH BINTI OTHMAN

    Pembantu Makmal 
    C2
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    KOSONG

    Pembantu Makmal 
    C2
    Emel :

    NORAZLIKHA BINTI MAT SOM

    Pembantu Makmal 
    C2(TBK1)
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    MOKHAMAD THANAWI BIN TASRIP

    Pembantu Makmal 
    C2 (TBK1)
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    NUR ADILA BINTI MOHAMMAD ADIB

    Pembantu Makmal
    C1
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    IBNUNIZAM BIN MUHAMAD BOHARI

    Pembantu Makmal
    C1
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    NUR ADILA SHADA BINTI RUSMAN

    Pembantu Makmal 
    C1
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.