Skip to main content

Unit Psikologi & Kaunseling

UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

Ringkasan Maklumat

Pengenalan

UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING, KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

Unit Psikologi dan Kaunseling menyediakan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan kepada warga kolej sama ada secara individu mahupun kelompok. Selain itu, kami menyediakan pelbagai program dan aktiviti yang mensasarkan elemen 3P iaitu Perkembangan, Pencegahan dan Pemulihan. 

VISI 

Insan Sejahtera Warga Harmoni Emosi Seimbang 

MISI 

Pembestarian Perkhidmatan Psikologi Dan Kaunseling Untuk Memperkembangkan Potensi Individu Bagi MemenuhiAspirasi Negara.

 

Objektif

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
  • Memberi kesedaran kepada warga KPM akan kepentingan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kaunselor organisasi ke tahap optimum dan berterusan.
  • Menyediakan pendidikan kesejahteraan mental dan fizikal kepada warga KPM.
  • Melaksanakan perkhidmatan psikologi dan dan kaunseling berteraskan etika dan menepati peruntukan perundangan.
  • Melestarikan kelangsungan perkhidmatan kaunseling kepada stake-holder.
Pembimbing Rakan Dinamik

PENGENALAN PEMBIMBING RAKAN DINAMIK (PRD)

Kaunseling Rakan Sebaya (Peer Counseling) telah digunakan secara meluas di institusi pendidikan negara ini bermula di peringkat sekolah hingga ke kolej dan universiti. Konsep ini digunakan untuk program yang berkaitan dengan kaunselor seperti Minggu Suai Kenal, Program Pendidikan Kerjaya, Program Motivasi dan lain-lain lagi.

Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) di Kolej Matrikulasi Selangor merujuk kepada kumpulan pelajar yang telah menerima latihan asas kaunseling. Ahli PRD berfungsi sebagai sahabat yang efektif kepada rakan-rakan di kolej terutamanya mereka yang memerlukan sokongan dan pertolongan. PRD menggunakan kemahiran tersebut untuk membantu rakan menangani pelbagai isu dengan menjadi pendengar yang prihatin dan mengambil berat, bersikap empati, dan seterusnya berupaya menjadi ‘support system’ dalam kalangan rakan-rakan yang memerlukan.

Di samping itu, PRD juga berperanan sebagai jambatan antara pelajar dan kaunselor kolej dan sentiasa bersedia untuk membantu mengembangkan serta menjayakan aktiviti Unit Psikologi dan Kaunseling di kolej. Dengan kata lain, pelaksanaan PRD di kolej ialah untuk menggalakkan penjelasan kendiri (self-clarification), perkembangan kendiri (self-development) serta kecemerlangan pencapaian akademik melalui perhubungan yang positif dan sihat dalam kalangan pelajar.

 
OBJEKTIF

  • Meningkatkan komitmen pelajar untuk bersama-sama mengambil bahagian yang aktif dalam proses membantu pelbagai isu oleh rakan-rakan.
  • Menggalakkan perkongsian perasaan, pendapat dan maklumat secara positif ke arah kehidupan yang harmoni sepanjang berada di kolej.
  • Meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar bahawa kebajikan dan kesejahteraan hidup rakan-rakan adalah tanggungjawab mereka bersama.
  • Membekalkan ilmu dan pengalaman kepada ahli PRD sebagai persiapan menghadapi rakan-rakan dalam segenap peringkat pada masa hadapan.

 
LATIHAN

Antara latihan yang akan dijalani oleh PRD ialah:

  • Kesedaran kendiri
  • Komunikasi berkesan
  • Asas perhubungan kaunseling (kemahiran mendengar, kemahiran menyoal, kemahiran memberi respon)


AKTIVITI DAN PROGRAM

  • Fasilitator bagi program-program Unit Psikologi dan Kaunseling (Minggu Pendidikan Kerjaya/Motivasi/Suai Kenal)
  • Kem Kepimpinan PRD
  • Projek ‘Gift’
  • Program Khidmat Bakti
  • PRD Care (‘public speaking’ / podcast)
Perkhidmatan Kami

▪ KAUNSELING INDIVIDU DAN KAUNSELING KELOMPOK

(Isu peribadi, keluarga, akademik, kerjaya, hubungan interpersonal, kebimbangan, stres, komunikasi dan lain-lain)

▪ INVENTORI PSIKOLOGI

(Ujian Perkembangan Kerjaya, Ujian Personaliti, Saringan Minda Sihat)

▪ BIMBINGAN INDIVIDU DAN BIMBINGAN KELOMPOK

▪ KONSULTASI

▪ ADVOKASI

▪ PENDIDIKAN KERJAYA

▪ TERAPI DULANG PASIR (SANDTRAY THERAPY)

 

Informasi

WAKTU OPERASI

ISNIN - KHAMIS
8.00 PAGI - 5.00 PETANG

WAKTU REHAT
1.00 TGH HARI - 2.00 PETANG

JUMAAT
8.00 PAGI - 5.00 PETANG

WAKTU REHAT
12.15 TENGAHARI - 2.45 PETANG

PEGAWAI KAUNSELING I

SHAIFUL NAZREE BIN JAAFAR

Pegawai Kaunseling 
DG12 (KUP)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PEGAWAI KAUNSELING II

NURUL NAZIFAH BINTI ABDUL MANAP

Pegawai Kaunseling 
DG10
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PEGAWAI KAUNSELING III

MASYITAH BINTI MD NOH

Pegawai Kaunseling 
DG10
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.