Skip to main content

Piagam Pelanggan

Bahawasanya, kami warga KMS dengan penuh tekad dan iltizam akan menumpu seluruh tenaga dan usaha kami menjunjung Perlembagaan Negara, mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada setiap masa.

Maka kami berikrar dan berjanji untuk :-

  1. Memastikan pelajar KMS mencapai PNGK melebihi 3.0 untuk mengisi program ijazah pertama di institusi pengajian awam.

  2. Memastikan staf mencukupi, kompeten dan berkomitmen tinggi.

    • Memastikan makluman kekosongan jawatan dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja;

    • Memastikan setiap staf KMS mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun;

    • Memastikan semua aduan pelanggan diambil tindakan dalam tempoh 7 hari bekerja.

  3. Menyediakan prasarana pendidikan terkini, selamat dan sedia digunakan.

    • Memastikan peralatan ICT dan bahan-bahan P&P relevan dengan keperluan kurikulum Program Matrikulasi KPM;

    • Memastikan Manual Pengurusan Keselamatan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dipatuhi;

    • Memastikan semua aduan kerosakan didaftarkan dan diambil tindakan dalam tempoh 7 hari bekerja;

  4. Mempertingkatkan modal insan yang berdaya saing, berdisiplin, berkemahiran insaniah dan berketerampilan

    • Memastikan sifar ponteng;

    • Memastikan aktiviti-aktiviti pembangunan sahsiah dilaksanakan secara berterusan;

    • Memastikan purata pinjaman bulanan setiap pelajar di Pusat Sumber pada kadar minimum 1 buku setiap bulan;

    • Memastikan semua pelajar mencapai kelulusan merit penilaian kokurikulum ke IPTA melebihi 80%; dan

    • Memastikan semua pelajar lulus mata pelajaran wajib dan kokurikulum.