Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpah rahmat-Nya. Terlebih dahulu saya rakamkan ucapan selamat datang kepada para pengunjung Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Selangor
Tahniah dan syabas dari pihak pengurusan tertinggi kolej kepada jawatankuasa laman web KMS diatas inisiatif berterusan untuk menambahbaik portal rasmi ini. Adalah diharapkan portal ini dapat dijadikan sebagai gerbang utama kepada sistem penyampaian maklumat jabatan yang menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan bagi seluruh warga pendidikan serta dapat dilayari dengan sebaik mungkin.
Pelbagai inisiatif dalam bidang ICT telah diperkenalkan dan diamalkan untuk memantapkan integriti serta kecekapan pengurusan awam dan tadbir urus yang baik bagi sektor awam. Antaranya ialah penggubalan undang-undang komunikasi / multimedia / siber, menguatkuasa kawal selia pelesenan yang telus dan pembangunan infrastruktur yang akan menggalakkan penggunaan teknologi baru yang sesuai. Usaha-usaha kerajaan seperti menggalakkan perkhidmatan secara dalam talian telah mengubah gaya hidup generasi baru serta cara kerja agensi-agensi kerajaan.
Penghasilan laman web yang menarik dan dikemaskini secara berterusan, pastinya akan dapat memupuk kefahaman, keyakinan, kebolehpercayaan masyarakat dan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan yang ditawarkan serta membolehkan setiap tindak ikut dapat dilakukan dengan pantas serta menjimatkan kos.
Adalah menjadi harapan saya agar Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Selangor yang dibangunkan ini dapat dikawal dan diselaraskan supaya integriti dan kecekapan dalam pengurusan awam tidak terjejas disebabkan oleh pembaziran, pertindihan tugas dan kerja-kerja berulang. Melalui portal ini, fungsi jabatan ini boleh diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat pada era teknologi maklumat dan segala maklumat penting boleh dicapai dengan tepat dan cepat. Insya-Allah dengan kerjasama semua pihak laman web ini akan dikemaskini secara berterusan dan diharap dapat berfungsi sebagai laman rujukan warga pendidikan dan orang awam.
Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan pembinaan Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Selangor ini. Sebarang cadangan dan komen untuk menambahbaik kandungan portal ini dari semasa ke semasa.amat dialu-alukan.
Sekian. Terima kasih dan wassalam
SALWA ANITA BINTI HAJI ISA
Pengarah