-
KMS GO GLOBAL!
Kolej Matrikulasi Selangor terus melangkah ke pentas antarabangsa melalui penganjuran:
'KMS–UBBG Strategic International Academic Collaboration Programme'
bersama delegasi Universitas Bina Bangsa Getsempena (UBBG), Banda Aceh, Indonesia yang berlangsung pada 29–30 Mac 2026 Di Dewan Roselle, KMS
Bertemakan “Strengthening Academic Collaboration Towards Excellence”, program ini menghimpunkan delegasi terdiri daripada 5 pensyarah, serta 26 mahasiswa pascasiswazah (Master & PhD) yang juga merupakan guru dan kepala sekolah( pengetua & guru besar), termasuk pakar akademik bertaraf Profesor dan Associate Professor.
Sepanjang program, pelbagai sesi berimpak tinggi telah dilaksanakan seperti General Colloquium, Stadium General dan International Sharing yang mengetengahkan perkongsian research, best practices, penggunaan AI dalam pendidikan serta transformasi STEM.
Lebih bermakna, kolaborasi ini turut melibatkan PLC Lesson Study melalui sesi open classroom observation yang memberi fokus kepada bagaimana pelajar belajar, diikuti refleksi profesional bersama delegasi dan pakar Lesson Study UBBG. Pendekatan ini menekankan kolaborasi guru dan peningkatan pembelajaran pelajar sebagai fokus utama.
Program ini menjadi platform strategik dalam memperkukuh jaringan global serta memposisikan KMS sebagai institusi yang aktif di peringkat antarabangsa.
Alhamdulillah, satu lagi langkah signifikan ke arah kecemerlangan global.
#KMSGoGlobal #InternationalCollaboration #LessonStudy #PLC #KMSUBBG