UNIT MAKMAL SAINS
Ringkasan Maklumat
- Unit Makmal Sains terletak di bangunan Kompleks Makmal Sains. Bangunan tiga tingkat yang dilengkapi dengan prasarana untuk pelajar aliran Sains menjalankan amali. Ia berperanan sebagai medium untuk melahirkan pelajar lepasan matrikulasi yang bukan sahaja menguasai aspek teori sains, malah mahir dalam kemahiran manipulatif pengendalian radas serta bahan kimia semasa pelaksanaan amali.
- Terdapat 19 buah Makmal Sains, yang dibahagikan kepada 3 unit utama iaitu:-
-
- 7 buah Makmal Kimia (Aras Bawah)
- 6 buah Makmal Biologi (Aras 1)
- 6 buah Makmal Fizik. (Aras 2)
Dari segi pentadbiran, pengurusan Unit Makmal Sains adalah di bawah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains, dengan sokongan daripada Ketua Pembantu Makmal serta Pembantu Makmal Kanan bagi setiap bidang iaitu Kimia, Biologi dan Fizik. Unit ini dianggotai oleh seramai 19 orang Pembantu Makmal yang berperanan penting dalam memastikan pengoperasian makmal berjalan dengan lancar dan selamat, selaras dengan visi dan misi Kolej dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berdaya saing.
a) Menyediakan Kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran
- Unit makmal sains bertanggungjawab menyediakan kemudahan makmal yang kondusif dan lengkap bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara teori dan amali.
b) Menyelenggara Peralatan Makmal
- Menjalankan penyelenggaraan berkala terhadap peralatan dan bahan di makmal bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan baik, selamat digunakan dan sentiasa berfungsi.
c) Menyelia Pelaksanaan Sesi Amali
- Menyelia pelaksanaan sesi amali dengan menyediakan bahan serta peralatan yang mencukupi, memantau pelaksanaan amali yang dijalankan secara sistematik agar berjalan dengan lancar serta mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan.
d) Memastikan Keselamatan Makmal
- Memastikan semua prosedur keselamatan dipatuhi, termasuk penyediaan PPE, peralatan keselamatan (seperti pemadam api dan pancuran keselamatan) serta pemantauan persekitaran kerja yang selamat bagi warga makmal.
e) Pengurusan Inventori
- Menyelaras dan mengurus inventori peralatan, bahan kimia serta bahan habis guna secara sistematik bagi menjamin kecekapan penggunaan dan pengesanan stok.
f) Peranan Pembantu Makmal
- Pembantu makmal memainkan peranan penting dalam membantu pensyarah dan pelajar semasa sesi PdP, termasuk penyediaan bahan, pengendalian sisa makmal, dokumentasi penggunaan bahan serta memastikan ruang makmal sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan bersedia untuk digunakan.
Unit Makmal Sains, Program Matrikulasi merupakan unit sokongan akademik yang sangat krusial, memandangkan pembelajaran bagi jurusan Sains dan Teknikal melibatkan komponen amali yang besar (biasanya menyumbang markah yang signifikan dalam Pentaksiran Berterusan).
Berikut adalah ringkasan maklumat utama mengenai peranan dan fungsi Unit Makmal Sains :-
- Pengurusan Eksperimen dan Amali
- Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA)
- Sokongan Teknikal dan Pengajaran
- Pengurusan Ruang dan Fasiliti
dan lain-lain.
Unit Makmal Sains terdiri daripada 20 Pembantu Makmal
Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
Lain-Lain Jabatan
Lain-Lain Unit
KETUA UNIT MAKMAL SAINS
NORHAYATI BINTI HAJI MOHD SIDEK
Pembantu Makmal
C3
UNIT MAKMAL FIZIK

ZUNAIDAH BINTI OTHMAN
Pembantu Makmal
C2

NORAZLIKHA BINTI MAT SOM
Pembantu Makmal
C2(TBK1)
AQMAR FARHAN BIN TUMIN
Pembantu Makmal
C2 (TBK1)
NORAKMAL BINTI AHMAD
Pembantu Makmal
C1 (TBK1)
FAREZATUL ERWINA BINTI MASUD
Pembantu Makmal
C2(TBK1)
Kosong
Pembantu Makmal
C1
Emel :
UNIT MAKMAL BIOLOGI
SITI AISHAH BINTI MOHD ZAWAWI
Pembantu Makmal
C2
MOHAMAD FAIZ BIN RUSLY
Pembantu Makmal
C2
ROZANA BINTI ZAKARIAH
Pembantu Makmal
C1

NUR ADILA BINTI MOHAMMAD ADIB
Pembantu Makmal
C1
IBNUNIZAM BIN MUHAMAD BOHARI
Pembantu Makmal
C1
Kosong
Pembantu Makmal
C1
Emel :
UNIT MAKMAL KIMIA
HASNI FALINA BINTI HAMIRRUDDIN
Pembantu Makmal
C2
AZMAN BIN MOHD DAUD
Pembantu Makmal
C2
MOKHAMAD THANAWI BIN TASRIP
Pembantu Makmal
C2 (TBK1)
ZAFIDAH BINTI SAJURI
Pembantu Makmal
C2(TBK1)
HANI NURSHAHIDA BINTI HASMI
Pembantu Makmal
C2(TBK1)
NURFARAHUDA BINTI MOHID
Pembantu Makmal
C1
NUR ADILA SHADA BINTI RUSMAN
Pembantu Makmal
C1