UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL
Ringkasan Maklumat
Unit Pendidikan Islam dan Moral (UPIM) menjadi wadah pembentukan insan seimbang dari aspek rohani, emosi dan sahsiah. Unit ini komited mendidik generasi berakhlak mulia, berfikiran positif serta berpegang teguh kepada nilai agama dan moral sejagat. Unit ini beroperasi di bawah Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial iaitu En. Abd Wahhab bin Ab Rahman. Dibarisi oleh 6 orang pensyarah dengan diketuai oleh Pn. Nor Hanani Nordavini binti Sulong sebagai Ketua Unit. Setiap pensyarah memainkan peranan penting dalam memastikan penyampaian ilmu, bimbingan dan pentaksiran dilaksanakan secara berkesan dan bersepadu. Semua pensyarah juga sentiasa komited, dedikasi dalam menyampaikan dakwah demi pembangunan sahsiah pelajar Kolej Matrikulasi Selangor selaras misi Karamah Insaniah.
Akademik dan Pembelajaran
- Meningkatkan pencapaian akademik murid melalui penguasaan ilmu Pendidikan Islam dan Moral secara berkesan.
- Membentuk budaya pembelajaran yang aktif, kreatif dan berterusan dalam kalangan murid.
- Memupuk kemahiran berfikir secara kritis dan berakhlak dalam proses pembelajaran.
Khidmat Masyarakat
- Melahirkan murid yang prihatin, bertanggungjawab dan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
- Memupuk semangat kerjasama dan sikap sukarela dalam membantu masyarakat.
- Menggalakkan penglibatan murid dalam program khidmat komuniti yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Kerohanian dan Sahsiah
- Membentuk insan yang beriman, berakhlak mulia dan berkeperibadian unggul.
- Memperkukuhkan penghayatan nilai-nilai murni dan amalan kerohanian dalam kehidupan harian.
- Melahirkan murid yang berdisiplin, berintegriti dan mempunyai jati diri yang positif.
Pembinaan Akhlak dan Moral
- Memupuk akhlak terpuji dan nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid.
- Membina sahsiah murid yang menghormati guru, ibu bapa dan masyarakat.
- Membentuk tingkah laku positif selaras dengan nilai agama dan norma masyarakat.
Unit Pendidikan Islam & Moral merupakan unit di bawah Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial. Kod Kursus yang ditawarkan ialah Pendidikan Islam (WI001) & Pendidikan Moral (WM001).
Mata pelajaran Pendidikan Islam & Moral merupakan mata pelajaran wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar dalam Program Matrikulasi. Pelajar akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan agama berkaitan, antaranya :-
Akidah,
Syariah Islamiah,
dan lain-lain.
Unit Pendidikan Islam & Moral terdiri daripada 6 orang pensyarah yang berkelayakan dan berkelulusan di dalam bidang Pendidikan Islam & Moral dari universiti tempatan dan luar negara.
Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
Lain-Lain Jabatan
Lain-Lain Unit
KETUA UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL
NOR HANANI NORDAVINI BINTI SULONG
Pensyarah Akademik
DG13 (KUP)
UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL
EN. AZMAN ABD AZIZ
Pensyarah Akademik
DG14 (KUP)
EN. MOHD AZAMI BIN ABD GHANI
Pensyarah Akademik
DG14 (KUP)
PN. ZAILANI BINTI SIDEK
Pensyarah Akademik
DG13 (KUP)
PN. SITI ROHANI BINTI MISROPI
Pensyarah Akademik
DG12 (KUP)
PN. NURUL FARHANA BINTI RAHMAN
Pensyarah Akademik
DG10 (KUP)