Skip to main content

Unit Perakaunan

UNIT PERAKAUNAN

Ringkasan Maklumat

Pengenalan

Jurusan Perakaunan terbahagi kepada dua jurusan iaitu Jurusan Perakaunan Perdana dan Jurusan Perakaunan Professional (JPPro). 

Jurusan Perakaunan Perdana telah ditawarkan sejak penubuhan Kolej Matrikulasi Selangor di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia merupakan program satu tahun yang direka khas untuk melahirkan pelajar Bumiputera dalam bidang perakaunan dan pengurusan.

Program ini menekankan kefahaman asas dalam subjek Perakaunan, Ekonomi, Matematik dan Pengurusan Perniagaan, selari dengan kehendak kurikulum matrikulasi. Pelajar jurusan ini akan bersedia untuk menyambung pengajian dalam bidang berkaitan di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Sehingga kini, ribuan pelajar dari jurusan ini telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang perakaunan, kewangan, dan ekonomi, serta berjaya menempatkan diri dalam pelbagai sektor profesional.

Jurusan perakaunan professional (JPPro) mula beroperasi pada 23 Mei 2018. Seramai 48 orang pelajar telah berjaya mengikuti program ini pada ambilan pertama sesi 2018/2019. Kesemua mereka telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). Kini Jppro telah melalui tahun kelapan pengambilan pelajar bagi sesi 2025/2026 dan 154 orang pelajar masih mengikuti program ini.

JPPro adalah salah satu program professional yang ditubuhkan hasil kerjasama di antara Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan ACCA Malaysia. Tujuan penubuhannya adalah untuk melahirkan ramai akauntan bertauliah dari kalangan Bumiputera. Program ini adalah sama seperti program ACCA yang ditawarkan di INTEC, Sunway College, Penang Central College dan lain lain institusi yang berkenaan. Namun laluan kursus ini agak berbeza dari kolej-kolej lain. Bagi melayakkan seseorang pelajar lepasan SPM untuk mengikuti program ACCA, mereka perlu mengikuti program CAT terlebih dahulu. Manakala JPPro adalah satu program di mana pelajar SPM boleh terus mengikuti program ACCA tanpa perlu melalui program CAT. Setakat ini, hanya Kolej Matrikulasi Selangor yang menjalankan program JPPro ini.

Secara teknikal JPPro adalah seperti program asas yang lain namun subjek yang diajar merupakan tiga subjek tahap pengetahuan kemahiran ACCA iaitu Financial Accounting (FFA), Management Accounting (FMA) dan Business and Technology (FBT). Ini bermakna sebaik sahaja pelajar ini tamat pengajian mereka di KMS mereka telah melengkapkan tiga subjek tahap pengetahuan kemahiran ACCA. Mereka hanya perlu melengkapkan 11 subjek ACCA yang lain di UiTM bagi melayakkan mereka mendapat sijil ACCA. Rujuk pamphlet di link di bawah. Apabila pelajar ini tamat daripada program JPPro KMS mereka layak untuk mendapat Sijil Matrikulasi dan Diploma in Business Finance daripada ACCA. Bagi membolehkan pelajar ini mendapat Sijil Matrikulasi mereka perlu melengkapkan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 1 dan 2 (PSPM 1 dan PSPM 2) mengikut kalender akademik Matrikulasi. Selepas itu mereka perlu menduduki peperiksaan atas talian (Computer Based Examination – CBE) yang disediakan oleh pihak ACCA beberapa minggu selepas tamat pengajian di KMS. Secara rasminya apabila mereka berjaya di dalam peperiksaan ini mereka layak mendapat Diploma in Business Finance daripada ACCA dan meneruskan pengajian mereka di UiTM.

Path to Success _ ACCA

Secara ekonominya program ini telah mengurangkan kos yang perlu dibiayai bagi mendapatkan sijil ACCA. Malah pelajar JPPro mendapat laluan pantas bagi melengkapkan program ACCA kerana mereka tidak perlu melalui program CAT.

Objektif

Jurusan Perakaunan terbahagi kepada Jurusan Perakaunan Perdana dan Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro)


Objektif bagi Perakaunan Perdana:

  1. Memberi asas kukuh dalam prinsip dan konsep asas perakaunan serta kitaran perakaunan.
  2. Melatih pelajar menguasai sistem perakaunan berkomputer dan proses pelarasan akaun.
  3. Membekalkan pengetahuan asas perakaunan pengurusan, pengurusan kos, dan analisis kos.
  4. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam perancangan kewangan, belanjawan, dan membuat keputusan berdasarkan data perakaunan.
  5. Menyediakan pelajar untuk melanjutkan pengajian perakaunan profesional dan kerjaya dalam bidang perakaunan.

Objektif bagi JPPro:

  1. Melahirkan Akauntan Bertauliah Bumiputera:
    • Meningkatkan bilangan akauntan bertauliah dalam kalangan Bumiputera melalui laluan pendidikan profesional yang tersusun dan bersepadu.
  2. Menyediakan Laluan Pendidikan Alternatif ke ACCA:
    • Menyediakan peluang kepada pelajar lepasan SPM untuk terus mengikuti program ACCA tanpa perlu melalui program CAT, berbeza daripada laluan di institusi lain.
  3. Mempercepatkan Proses Mendapat Sijil ACCA:
    • Memperkenalkan laluan pantas dan lebih efisien untuk pelajar mencapai kelayakan ACCA melalui pelaksanaan subjek tahap pengetahuan kemahiran ACCA (Financial Accounting (FFA), Management Accounting (FMA), Business and Technolgy (FBT)) di peringkat matrikulasi.
  4. Menawarkan Program Profesional Berkos Rendah:
    • Mengurangkan kos keseluruhan bagi memperoleh kelayakan ACCA dengan menawarkan sebahagian daripada program ini di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) sebelum pelajar menyambung ke UiTM.
  5. Mewujudkan Kerjasama Strategik Institusi:
    • Memperkukuh kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Matrikulasi), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan ACCA Malaysia dalam memperkasa pendidikan profesional perakaunan.
  6. Memberi Pengiktirafan Akademik Berganda:
    • Memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh Sijil Matrikulasi dan Diploma in Business Finance (ACCA) serentak, selepas menamatkan pengajian di KMS.
Informasi

Unit Perakaunan merupakan unit di bawah Jabatan Sastera Ikhtisas. Kursus yang ditawarkan iaitu Perakaunan Perdana dan Perakaunan Professional (JPPro).

Mata pelajaran Perakaunan merupakan mata pelajaran teras yang perlu di ambil oleh semua pelajar Jurusan Perakaunan Perdana. Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan berkaitan, antaranya :-

  • Introduction of Accounting
  • Basic Accounting Concepts
  • Accounting Cycle
  • Computerised Accounting System
  • Adjustment at the end of Accounting Period 

dan lain-lain.

Manakala bagi Jurusan Perakaunan Professional (JPPro) merangkumi tiga subjek iaitu Financial Accounting, Management Accounting dan Business and Technology.

Unit Perakaunan terdiri daripada 12 orang pensyarah yang berkelayakan dan berkelulusan di dalam bidang Perakaunan dari universiti tempatan dan luar negara.

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

KETUA UNIT PERAKAUNAN

JURAINY BIN JUMINEN

Pensyarah Akademik
DG14 (KUP)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

UNIT PERAKAUNAN (PERDANA)

CHOO KIAN YANG

Pensyarah Akademik
DG12 (KUP)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

NOOR SHUHADAH BINTI ABDUL RANI

Pensyarah Akademik
DG13 (KUP)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

TAVAMANI A/P MUNIANDY

Pensyarah Akademik
DG12 (KUP)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

SALIZA BINTI KAMAL HURI

Pensyarah Akademik
DG13 (KUP)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

AMALINA BINTI ABDUL RASHID

Pensyarah Akademik
DG10 (KUP)

UNIT PERAKAUNAN PROFESIONAL (JPPRO)

ZAIMAH BINTI MOHD NOR

Pensyarah Akademik
DG14 (KUP)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

SALWANI BINTI JAAFAR

Pensyarah Akademik
DG13 (KUP)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

ROHANIZA BINTI JANARO

Pensyarah Akademik
DG13 (KUP)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

ZALIHA BINTI SALIM

Pensyarah Akademik
DG10
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

SYIRLEEN ADLYNA BINTI OTHMAN

Pensyarah Akademik
DG12
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

FARAHNIRWATY BINTI OTHMAN

Pensyarah Akademik
DG13 (KUP)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.