UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
Ringkasan Maklumat
UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING, KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
Unit Psikologi dan Kaunseling menyediakan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan kepada warga kolej sama ada secara individu mahupun kelompok. Selain itu, kami menyediakan pelbagai program dan aktiviti yang mensasarkan elemen 3P iaitu Perkembangan, Pencegahan dan Pemulihan.
VISI
Insan Sejahtera Warga Harmoni Emosi Seimbang
MISI
Pembestarian Perkhidmatan Psikologi Dan Kaunseling Untuk Memperkembangkan Potensi Individu Bagi MemenuhiAspirasi Negara.
OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
- Memberi kesedaran kepada warga KPM akan kepentingan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.
- Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kaunselor organisasi ke tahap optimum dan berterusan.
- Menyediakan pendidikan kesejahteraan mental dan fizikal kepada warga KPM.
- Melaksanakan perkhidmatan psikologi dan dan kaunseling berteraskan etika dan menepati peruntukan perundangan.
- Melestarikan kelangsungan perkhidmatan kaunseling kepada stake-holder.
Unit Psikologi & Kaunseling merupakan unit di bawah Jabatan Pengurusan Pelajar.
Berikut adalah ringkasan maklumat utama mengenai peranan dan fungsi Unit Psikologi & Kaunseling di Program Matrikulasi :-
- Kaunseling Individu & Kelompok
- Inventori Psikologi
- Bimbingan Individu & Kelompok
- Konsultasi
- Advokasi
Unit Psikologi & Kaunseling terdiri daripada 3 orang Pegawai Kaunseling.
Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
Lain-Lain Jabatan
Lain-Lain Unit
PEGAWAI KAUNSELING I
SHAIFUL NAZREE BIN JAAFAR
Pegawai Kaunseling
DG12 (KUP)
PEGAWAI KAUNSELING II
NURUL NAZIFAH BINTI ABDUL MANAP
Pegawai Kaunseling
DG10
PEGAWAI KAUNSELING III
MASYITAH BINTI MD NOH
Pegawai Kaunseling
DG12 (KUP)
PEGAWAI KAUNSELING III
KARIMAH BINTI ABDUL WAHAB
Pegawai Kaunseling
DG12
@kms.matrik.edu.my