Skip to main content

Laporan Kejayaan

  • 🏆 GOLD AWARD | ASEAN AI AWARENESS RAISING CAMPAIGN 2025
    Kolej Matrikulasi Selangor dengan penuh rasa bangga mengumumkan kejayaan menerima Gold Award sempena ASEAN AI Awareness Raising Campaign 2025

    Lebih membanggakan, Kolej Matrikulasi Selangor merupakan satu-satunya kolej matrikulasi di Malaysia yang menerima pengiktirafan berprestij ini
    📌 Pencapaian Utama Program
    ✔️ Seramai 417 orang pelajar Kolej Matrikulasi Selangor
    ✔️ Berjaya menyertai program Hour of Code
    ✔️ Memperoleh Sijil Pengiktirafan Antarabangsa
    ✔️ Program dilaksanakan secara berfasa dari Mac hingga Oktober 2025
    Program ini merupakan usaha sama strategik antara:
    🤝 Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah, Melaka
    🌏 ASEAN Foundation, Jakarta
    🇲🇾 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
    💡 dengan sokongan Google.org

    Pelaksanaan program ini diterajui oleh Madam Nashimah Habeeb,
    Master Trainer ASEAN AI ( Guru Cemerlang Biologi, KMS), yang bertindak melatih, membimbing serta mengadaptasi modul Hour of Code mengikut tahap dan keperluan pelajar matrikulasi.
    Pendekatan ini bukan sahaja memfokuskan kemahiran asas pengaturcaraan, malah menekankan literasi AI, pemikiran komputasional, kesedaran keselamatan digital serta etika penggunaan teknologi, selari dengan aspirasi Pendidikan Malaysia dan agenda pendigitalan ASEAN 🌐📘

    Kejayaan ini mencerminkan komitmen Kolej Matrikulasi Selangor dalam melahirkan pelajar yang AI-literate, berdaya saing dan bersedia menghadapi pembelajaran digital di peringkat global 🇲🇾

    Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar dan warga Kolej Matrikulasi Selangor atas pencapaian yang amat membanggakan ini

    #kolejmatrikulasiselangor
    #sehatikmsmengunggulipersada