-
Majlis APC 2025 & Apresiasi Kualiti KMS
18 Ogos 2025 (Isnin), Dewan Antares
Tema: Shade of red
Majlis diserikan dengan kehadiran En. Shahrin bin Othman, Timbalan Pengarah Sektor Peperiksaan BMKPM, selaku wakil rasmi Pengarah BMKPM dan Dr. Hj. Shahanif bin Hj. Hasan, Timbalan Pengarah Sektor Akademik BMKPM.
Majlis ini dilaksanakan untuk meraikan rakan-rakan pensyarah dan AKP yang mendapat APC bagi tahun 2024. Seramai 23 orang telah dipilih untuk mendapat APC kali ini. Selain itu, majlis ini juga adalah sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan pensyarah dalam bidang akademik. Sebanyak 8 kategori penganugerahan telah diberikan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah. Terima kasih kepada pihak pengurusan KMS yang memberi ruang dan peluang untuk perlaksanaan majlis ini. Semoga KMS terus cemerlang dan gemilang dimasa akan datang.
"Sehati KMS Mengungguli Persada"