MAJLIS RESTU ILMU PSPM II & IV 2025/2026
Tarikh: 24 April 2026
Hari: Jumaat
Masa: 2:30 - 4:30 ptg
Kejayaan tidak datang hanya daripada usaha, tetapi juga daripada keberkatan dan sokongan komuniti. Justeru, pihak kolej bersama-sama berkumpul bagi melaksanakan Majlis Restu Ilmu mengikut pengisian kerohanian masing-masing;
Pelajar Muslim: Berkumpul di surau bagi melaksanakan Solat Hajat dan bacaan Yassin, memohon kelancaran dan petunjuk daripada Allah SWT.
Pelajar Non-Muslim: Berkumpul di DKB1 bagi sesi pengisian moral dan motivasi sebelum bersama-sama menyertai majlis utama di surau.
Kehadiran Puan Pengarah memeriahkan suasana, disusuli dengan ucapan penuh semangat daripada wakil pelajar dan amanat daripada pihak pengurusan. Majlis diakhiri dengan sesi Salam Restu Sehati—simbol kemaafan dan restu antara warga pendidik dan pelajar.
Semoga usaha ini membuahkan kejayaan yang gilang-gemilang buat semua. Amin.
#kolejmatrikulasiselangor
#sehatikmsmengunggulipersada
https://www.facebook.com/share/1FPpZTggB7/?mibextid=wwXIfr